http://www.gasing1.blogspot.com
Thursday, August 26, 2010
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERHARI RAYA
ASSALAMUALAIKUM DIUCAPKAN KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERHARI RAYA. SEMOGA ANDA SEMUA SELAMAT KE DESTINASI MASING-MASING. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA . DARIPADA GS_8100
Saturday, July 31, 2010
GASING
GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Subscribe to:
Posts (Atom)